Sunday 25 December 2011

perjuangan dalam pembelajaran....


lama asanya x update.. emm.. x taw nak create apa.. tapi x pa... juz nk wat perkongsian cita ja... emm dah seminggu sya dalam dunia LI <latihan industri>.. nak kata best uh.. best la juga.. coz dapat release tension.. ya la.. x yah pk sal assgnmnt.. x yah pk sal quiz.. xyah pk sal test.. n lupa kejap tentang final exam.. tapi ada jga yg x best.. coz kna pk sal report.. kna pk cara kija.. kna aty2 takut silap langkah kna maah plak ngn bos.. huhu...
n most important.. nasib dapat elaun!!.. hihi.. walaw pon cikit.. tapi ok la... lepas gak la blnja dalam sebulan.. syukur alhamdulillah... pngalaman dalam seminggu nih mmg bnyak... ada best.. ada gak x best... yg best.. dapat kawan dari pelbagai poli..ada 3 poli terlibat.. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH,PERAK..   POLITEKNIK SEBERANG PERAI,PENANG.. N kami yg dari  POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH, KEDAH...  kami gak dapat penyelia yang satu pala..(sporting abihhhhh) kak ti n pak ku... <pn siti fatimah.. n en ku dorris> mcm mak n ayah kami la...
1st day kami g.. kami kna dengaq taklimat.. pas uh kami dibahagikan kpd 3 department.. kat ctu ada department PRODUCTION.. QE.. N PROCESS.. sy dapat production.. perghhhh.. takut gila.. ya la.. x taw papa kan...emm..nak cita tntang kija2 kat situ.. memg x abih asanya...juz boley cita apa yg ada kat citu ja la... kat kilang uh ada mcm2 bhgian... ada bhgian imaging.. wet process.. lamination..drilling..punching.. target punch.. hard gold.. lay up.. electrical test.. solder mask.. n macam2 agy la..agak mncabar la... emm ada 2 bhgian kna pkai jump suit .. <pakaian macam nak g bulan.. imaging n solder mask..> itu bahagian sy..
masuk ari ketiga.. sy demam n sampai skunk x lega agy.. tapi x pa.. <sy kan kuat> hihi..emm hope sy n kawn2 diberi kekuatan kesabaran n kesihatn yg baik agar kami dapat harungi dugaan li n cabaran li ni.. menadah kedua belah tangan memohon kepadaNya  agar dipermudahkan segala urusan kami di sini... amin ya rabbal a'lamin

sekian.. salam perjuangan dari saya...

wasalam.. ^____^

Sunday 11 December 2011

permulaan dalam kejatuhan.. ayuh bangunnnnn

 LIKU-LIKU KEHIDUPAN YANG PERLU KITA HADAPI...



muhasabbah diri...
apa yg kita bawa tika kita hendak teruskn berjalan dalam ruang kehidupan kita?? insyaallah.. moga apa yg kita bawa mendapat keredhaan Allah SWT.. moga hati2 kita tabah serta sabar jika ada rintangan dan dugaan yg akan datang.. moga doa2 kita menjadi senjata perjuangan untuk mencari cahaya kehidupan.. amin

Tuesday 6 December 2011

InGiN tAhU ApA iTu KiFaRaH...






suka sy dapat bertemu korang dalam post bru niey.. hope amai la yg sudi baca.. em harap suma2 niey cihat2 la yew.. sy??  الحمد لله cihat2 aja.. kalw sakit pown cikit2 ja.. demam2 manja..hihi...tapi x pa.. apa jua keadaan kita.. kita hendaklah redha.. dan jgn sesekali menyalahkan takdir.. sematkan kat kotak akal kita yg الله engat kita.. cbb uh الله turunkan dugaan utk kita.. dan engat.. setiap ujian yang diturunkan sumanya berdasarkan kemampuan kita... mungkin itulah kifarah dosa2 kita yg lalu.. korang tahu kifarah tu apa?? ok.. jum sy terangkan...


Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu.Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi.

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: 
Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat.

itulah serba sedikit yang boley sy cari untuk tatapan kita tentang kifarah.. info2 kat atas nih.. sy amek dari web seseorang.. boley la serba sedikit kita tahu apa itu kifarah.. n pesan saya pada teman2 dan juga diri saya.. syukur apa yg dikurniakan kepada kita... dan jgn sesekali kita engat Allah kala kita susah.. dan sentiasalah mengadapNya dalam apa jua keadaan... moga kita bertemu lagi.. salam sayang dari saya...
(^___^) wasalam...