Tuesday 25 October 2011

TERKENANG YANG LALU

Assalamua'laikum wbt

emm.. actually sya x tau nk create apa kat "belog" saya ari ni.. tapi hati nih.. membuak2 nk tulis.. tangan lak giat ja tekan "tanda2 urup" kat board nih.. nak cita apa yew.. emm... haaa.. bwu tingat.. tadi time kelas 'electronic circuit' saya da karang satu puisi ini.. masa karang uh.. mud sya x da tuk study..dari x ley bising sya wak kuar sehelai ketas then tulisla puisi nih.. sebenarnya time uh sya tingat seseorang.. yang dulu pernah syg sya.. dulu penah rapat ngan sya.. n dulu sentiasa bersama saya.. dia dah mcm seorang kakak dalam hidup saya..emmm..dah la..sya x nak sedih da..mari dengaq..baca n hayati puisi ni...

dia..
tika dulu kau menyayangiku,
kenapa kini kau tinggalkan ku
dia..
tika dulu kau bersamaku,
mengapa kini kau tinggalkanku
dia..
kemana dikau saat diriku jatuh,
dimana dikau saat hatiku luruh
dia..
mata ini tidak penah kering dari meratap pemergianmu
tangan ini tidak pernah jatuh dari terus mencari mu
jiwa ini tidak pernah berhenti merinduimu
apa salahku?
besarkah salahku?
persoalan yang terus memburu diriku..
tiada jawapan yang bertandang difikiranku
Ya Rahman..
ku memohon kepada Mu
ketemukan kami dijalanMu
pelihara kami dalam keredhaanMu
satukan kami dalam satu ikatan
ikatan yang digelar
"ukhwah persahabatan"

---->> entahlah..sya pon x tahu knapa boleh emo sampai macam nih.. maybe terlampau rindu kowt..emm.. saya x nak satu ikatan persahabatan yang diikat putus..bagi saya... jika ikatan yang dikat kian terlerai.. saya akan cuba.. untuk ikatkan kembali..dan jika boleh ikat "mati" <fwenz 4eva> walaupon dalam proses mengikat uh alami ribuan dugaan..jutaan keperitan.. sya tetap nk ikat kembali.. x baikkan kalau putuskan persaudaraan..emm kepada (dia) -- adeq sayang akak selamanya--imysm 4eva n eva--
sini sajalah post sya.. pesan saya.. "bersahabatlah dengan sesiapa sahaja dan bernawaitu lah kerna Allah... InsyaAllah.. persaudaraan yang kita bina uh nnt akan dapat keberkatan DariNya..wallahua'lam..


akhir kata, salam ukhwah.. salam saudara..
wassalam... (^_^)




 

Wednesday 19 October 2011

Jika Dia Untukku..

assalamua'laikum wbt..

alhamdulillah..bertemu kita lagi yew...post saya kali nih tentang something yang kita suma suka...dan menjadi lumrah kita sbg manusia untuk kasih mengasihi serta cinta menyintai... tipu rasanya disini jika kita kata kita x penah menyukai hamba Allah SWT yang lain... mari sama2 kita renungkan puisi ini...


Ya Allah..
Seandainya dia tercipta untukku..
Berilah hambaMu kekuatan untuk menerima dia..
Janganlah Kau biarkan hubungan ini tercemar tanpa redhaMU..


Ya Rabbi..
Seandainya dia tercipta untukku..
Peliharalah hubungan ini agar ianya tidak terpesong jauh..
Satukanlah hati kami dan biarlah cinta kami Lillahi Taala..

Ya Muhaimin..
Seandainya dia tercipta untukku..
Kau panjangkanlah usianya..kuatkanlah imannya..
Jauhkanlah kami dari segala dugaan yang mendatang..

Ya Rahman...
Seandainya dia tercipta untukku..
Sejuk kanlah pandangan mata hati ku..
Tiap kali hambaMU melihat dia..
Sesungguhnya Ya Allah..perasaan cinta ini amat indah..
Jika ianya disulami dengan keimanan..

Tetapi Ya Allah..
Jika Kau lebih menyayangi dirinya..
Izinkanlah hambaMu untuk berjumpa dengannya di sana kelak..
Izinkanlah hambaMu untuk menjadi bidadarinya di sana..
Semoga ikatan yang terputus di dunia..akan kembali terjalin di sana..
Amin.. 

mendalamkan maksudnya... fikirlah...
 "Allah menjadikan hamba-hambanya berpasang-pasangan.."

sebelum sya akhiri entry kali nih...jom kita tengok video nih.....akhir kata ..selamat menonton...  
wasalam...  (^_^)

khas buat bakal suami saya....
 

Wednesday 12 October 2011

beringat sebelum buat...berfikir sebelum bertindak...

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah..Syukur kita kepada Allah.. kerna masih diberi ruang untuk kita terus berdiri di muka bumi Nya ini... Tetapi..hati ini terasa sebak..jiwa ini mula tersentuh.. bila tika kotak fikiran giat memikirkan kesanggupan anak2 Islam yg diragut nyawanya oleh insan yang bergelar 'ibu'.. Layakkah dia diberi gelaran semulia itu..?? cuba kita muhasabbah sejenak... Jika dia terasa mulia dengan gelaran itu... sanggupkah dia mengadai satu nyawa yg di anugerahan kepadanya?? sanggupkah dia melahirkan satu nyawa yang rendah tarafnya?? sanggupkah dia biarkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan menangis di tepi tong sampah..surau dan lorang2 gelap yang mengundang bahaya kepada satu jasad yang dipanggil anak...

                                  sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa
                                                                          dimanakah ibunya?? kemana ayahnya??

Sedangkan dalil yang jelas di dalam al-Quran dan Sunnah yang melarang pembunuhan anak walaupun atas dasar takutnya kemiskinan. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :
Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.
Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud : Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.

Ini kerana dorongan perbuatan mungkar ini ada kalanya remaja masih dibelenggu soal ekonomi. Sedangkan Nabi SAW sendiri pernah ditanya berkenaan masalah ini.  
“Dosa apakah yang teramat besar? Jawab Nabi: iaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: iaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Perbuangan bayi bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Sudah semestinya ianya berasal dari hubungan seksual. Dan hubungan seksual sendiri tidak akan sama sekali berlaku. Andai si pelaku tidak melanggar pagar pemisah yang telah ditetapkan.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].
Allah menggunakan kalimah ‘jangan mendekati’ perzinaan. Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:  
Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

dimanakah letaknya naluri seorang manusia..? bayi2 ini juga inginkan kehidupan seperti kita.. Bagi mereka yang membaca artikel ini...sedar lah..taubatlah dengan penuh penyesalan... fikirlah.. letaklah diri anda ke tempat anak2 kecil itu... Moga kesilapan tidak akan di ulang..moga kesilapan dapat memberi seribu pengajaran.. Moga kesilapan dapat memberi satu tamparan... sy berdoa.. agar kita terlindung dari terus melakukan kemungkaran...

disini sajalah tatapan saya kali ini... terdetik ingin menulis rasa ketakutan kerna tanah bumi sekarang banyak terkandung jasad2 anak2 kecil yang tidak berdosa... Marilah kita sama2 renungkan.. Jika tidak kita membanteras gejala ini.. Siapa lagi... Akhir kata... Mereka juga berhak untuk merasai nikmat Allah SWT..

assalamua'laikum





Saturday 8 October 2011

first dengar... first lurve..

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Artis: UNIC

Friday 7 October 2011

sahabat..kawan..rakan..teman...


Assalamua'laikum wbt..

bertemu lagi kita...kali nih mari kita berbicara tentang teman..teman, kawan mahupon sahabat.. Mempunyai  maksud yang sama... Cuma perkatan serta sebutan nya saja berbeda.. Bukan saja kamu..malah saya serta suma org mempunyai teman.. Istimewa atau x.. Ia brgantung pada temannya untuk menganggap siapa dia dihati temannya.. Yang penting keikhlasan serta kejujuran yang dipandang... Betoi x.... Bukan kuantiti sahabat yang kita cari... Tapi kita menilai pada kualiti sahabat.. Itu yg penting...

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri) , anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat. Baru betul! Tak gitu?

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT yang bermaksud

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (surah al-Hujurat [049] ayat 13)


Haaaaa....sekarang nih jelas la.. Yang suma orang kat muka bumi nih memerlukan teman.. Mahupon tempat berbicara ataupon tempat meluahkan segala cerita.. Yang penting.. Jadilah seorang teman yang memahami.. Bukan seorang teman yang merosakkan Temannya sendiri... Rasanya cukupla untuk entry saya kali ini... Ingat carilah sahabat yang baik dalaman serta canteq luaranNya.. Akhir kata sya sayang kawan2 saya..mudah-mudahan berkekalan hingga akhir hayat.. Aminn..

wasalam....  (^_^)

Sunday 2 October 2011

Ya Allah..

assalamua'ilaikum..

hari nih 2.10.2011..jarum jam tepat menunjukkan dah pukul 12 tghmlm..aty aqu x sdap la..emm..sayu ja rasa..apa suma nih ya...dengan ketas assgnmnt berselerak..x tau mna satu nk mula...emmm...dalam aqu ngah serabut pk...tangan aqu laju ja nk buka laptop then mata aqu liar mencari bband..emmm bila dah dapat connection..aqu twus amik google..then search facebook...emmm aty aqu betoi2 tersentap..asa macam nk luruh ja...ramai nya yg post pasal kematian...fikiran aqu twus melayang...asa sedih yang teramat sangat... MATI.. perkataan atau ungkapan atau keadaan yang akan kita alami..cuma kita x tau bila..mungkin hari ni..esok...atau kejap lagi... "Ya Allah.. dari Mu kami datang, kepada Mu kami kembali..."aqu twus agi berfikir...bnyak soklan yang aqu tanya tanpa jawapan... "cukupkah amalan ku??bersediakah aqu???selamat kah aqu?? bagaimana dengan kuburku...?? suma masih belum terjawab... tiba2 roomate aqu menegur.. then sekali lagi...kematian diprsoalkan... "dawi.. ekin sebenarnya takut.."  aqu tnya "ekin takut apa??" "ekin takutttt mati..." Ya Allah..takutnya kami pada perkataan itu...bagaimana kami nk berhadapan  dengan saat itu.?? emm takut macam mana sekali pun kita suma akan tetap dan pasti berhadapan dengan KEMATIAN..akhir kata..bukan hanya untuk kawan2..tapi utk sya juga... "ELAKKAN KEMUNGKARAN..TINGKATKAN AMALAN.."


~ Ya Allah, ampunkan dosa2 kami..dosa ibu bapa kami..dosa guru2 kami serta dosa saudara2 kami yang masih hidup mahupun yang telah kembali kepada mu...Ya Allah..kau bukakan lah bagi kami jalan keredhaanmu...kau dekatkan lah hati2 kami pada cahaya mu...kau ikhlas kan lah jiwa kami untuk terus mentaatimu...Ya Allah..kau jauhkan kami dari bala dan fitnah...kau jauhkan kami dari siksa dan azab mu...kau jauhkan kami dari kemungkaranmu...Ya Allah..kau pekenankanlah perjalanan kami di dunia...kau permudahkanlah jua perjalanan kami di akhirat...Hanya kepada mu kami meminta.hanya keranamu jualah kami menerima...amin amin ya rabbal a'lamin..~