Wednesday 12 October 2011

beringat sebelum buat...berfikir sebelum bertindak...

Assalamua'laikum wbt..

Alhamdulillah..Syukur kita kepada Allah.. kerna masih diberi ruang untuk kita terus berdiri di muka bumi Nya ini... Tetapi..hati ini terasa sebak..jiwa ini mula tersentuh.. bila tika kotak fikiran giat memikirkan kesanggupan anak2 Islam yg diragut nyawanya oleh insan yang bergelar 'ibu'.. Layakkah dia diberi gelaran semulia itu..?? cuba kita muhasabbah sejenak... Jika dia terasa mulia dengan gelaran itu... sanggupkah dia mengadai satu nyawa yg di anugerahan kepadanya?? sanggupkah dia melahirkan satu nyawa yang rendah tarafnya?? sanggupkah dia biarkan anak yang dikandungnya selama 9 bulan menangis di tepi tong sampah..surau dan lorang2 gelap yang mengundang bahaya kepada satu jasad yang dipanggil anak...

                                  sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa
                                                                          dimanakah ibunya?? kemana ayahnya??

Sedangkan dalil yang jelas di dalam al-Quran dan Sunnah yang melarang pembunuhan anak walaupun atas dasar takutnya kemiskinan. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ : 31 yang bermaksud :
Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar.
Juga di dalam surah at-Takwir : 8-9 yang bermaksud : Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh.

Ini kerana dorongan perbuatan mungkar ini ada kalanya remaja masih dibelenggu soal ekonomi. Sedangkan Nabi SAW sendiri pernah ditanya berkenaan masalah ini.  
“Dosa apakah yang teramat besar? Jawab Nabi: iaitu engkau menyekutukan Allah padahal Dialah yang menjadikan kamu. Kemudian apa lagi? Maka jawabnya: iaitu engkau bunuh anakmu lantaran kamu takut dia makan bersamamu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Perbuangan bayi bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Sudah semestinya ianya berasal dari hubungan seksual. Dan hubungan seksual sendiri tidak akan sama sekali berlaku. Andai si pelaku tidak melanggar pagar pemisah yang telah ditetapkan.

Di dalam al-Quran, Allah Taala berfirman:
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan yang buruk [Al Isra' 17: 32].
Allah menggunakan kalimah ‘jangan mendekati’ perzinaan. Ayat ini jelas menunjukkan kita wajib menjauhi jalan-jalan yang mendekatkan diri kepada zina. Hal-hal yang membawa kepada zina jelas diterangkan di dalam hadis berikut:  
Ditetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, akan diperoleh hal itu, tidak dapat dihindarkan. Kedua mata berzina dan zinanya dengan memandang (yang haram). Kedua telinga berzina dan zinanya dengan mendengar(yang haram). Lisan itu berzina dan zinanya  berbicara (yang diharamkan). Tangan itu berzina dan zinanya dengan memegang. Kaki itu berzina dan zinanya dengan melangkah (kepada apa yang diharamkan). Sementara hati itu berkeinginan dan berangan-angan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya. [Riwayat Muslim]

dimanakah letaknya naluri seorang manusia..? bayi2 ini juga inginkan kehidupan seperti kita.. Bagi mereka yang membaca artikel ini...sedar lah..taubatlah dengan penuh penyesalan... fikirlah.. letaklah diri anda ke tempat anak2 kecil itu... Moga kesilapan tidak akan di ulang..moga kesilapan dapat memberi seribu pengajaran.. Moga kesilapan dapat memberi satu tamparan... sy berdoa.. agar kita terlindung dari terus melakukan kemungkaran...

disini sajalah tatapan saya kali ini... terdetik ingin menulis rasa ketakutan kerna tanah bumi sekarang banyak terkandung jasad2 anak2 kecil yang tidak berdosa... Marilah kita sama2 renungkan.. Jika tidak kita membanteras gejala ini.. Siapa lagi... Akhir kata... Mereka juga berhak untuk merasai nikmat Allah SWT..

assalamua'laikum





No comments:

Post a Comment